13:31
Resepi Kerang Goreng CENCALUK
Kerang kalau tak rebus cicah dengan sambal..Boleh juga masak macam ni...sedap part nak kupas pun mudah..
Kerang Goreng |
Bahannya:
300gm kerang ~ dibersihkan,direbus dan kopek kulit ( buang kulit sebelah je)2sb cencaluk
6 tangkai cili padi ~ dipotong kecil
1/2 biji bawang holland ~ dipotong dadu
sos cili secukupnya
sos tiram secukupnya
sedikit margerin + minyak ~ utk menumis
Bahan dimesin:
7 tangkai lada merah2 biji bawang putih
sedikit belacan
Caranya:
1. Panaskan minyak + margerin, tumis bahan yang dimesin hingga wangi dan garing.2. Masukkan cencaluk, cili padi, bawang holland, sos cili dan sos tiram. Gaul rata hingga sebati.
3. Masukkan kerang, gaul rata dan tutup api. Jangan masak terlalu lama, nanti isinya liat.
4. Sedap dimakan dengan nasi atau dimakan begitu saja
0 comments
Komentarlah dengan bijak