Biskut Makmur Simple dan Mudah |
Bahan-bahan
4 cawan tepung gandum1/4 cawan gula halus
Minyak sapi (ikut lembut boleh kepal)
Inti
1 cawan kacang tanah1/2 cawan gula halus (ikut manis)
Gula icing untuk hiasan (salut)
Cara-cara
1. Gaulkan semua bahan sehingga jadi doh yang lembut dan boleh di bentuk.
2. Kacang tanah di goreng tanpa minyak diatas kuali sehingga kulit boleh tanggal bila digosok kacang.
3. Mesin kacang dan gaulkan dengan gula.
4. Ambil doh dan leperkan.
5. Masukkan inti ditengahnya & bentukkan bulat atau bujur.
6. Bakar dalan suhu 180°C selama 20-25minit (sehingga nampak masak)
7. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing ( Biskut makmur mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas)
8. Siap. Simpan biskut dalam kedap udara.
0 comments
Komentarlah dengan bijak